October 13, 2012

bakal meniti semuanya sendiri


Menangis menitis disisir pelangi
Tak mahu aku hembus rindu yang bakal terlahir itu
Begini,andai tak bisik maka tak dicerita
tapi berbisik terus dicerita.

Kecewa lagi dengan dunia.
Kejam pada semuanya.
Perempuan yang sering menyulam ditepi hati itu.
Aku.
Aku tahu,bulan pun pasti menangis melihat aku.
Aku tahu,matahari pun pasti menyejuk melihat aku.
AKu tahu,bintang pun pasti menyepi melihat aku.

Drastik.
Tak pernah pun aku ucapkan selamat tinggal setiap kali penggal tiba.
Malah tak pernah terfikir pun aku bakal sendirian nanti.
Kita sudah berjanji bukan?
semuanya sama-sama.
Belajar,bekerja jua mencari itu pun.
Tapi takdir seolah-olah bermain dengan kita.Mereka.Dan semuanya.
Mesti ada yang mentertawakan kita.
Aku.
Terkapai-kapai tanpa teman seperti kamu.
Harus menerima semuanya yang baru.
Susah dan sukar.
Itu saja yang perlu kita tahu.

Teman yang sanggup ada,terima kita apa adanya, jarang ya.
Tapi yang ambil kesempatan,mentertawakan kita,
yang hanya datang pada kita bila mereka susah
bersepah-sepah.

Kenapa ya,
manusia itu tak pernah kenal erti bersyukur?
Kita kutip,kita bawa,kita jaga
Tapi mereka layan kita macam sampah?Sial.WTF.

aku bersyukur,
aku cepat tersedar.
Ya tuhan,berat untuk aku merelakan kenyataan ini.

Kenangan bersama mereka terutama eira,
akan selalu ada.
Walaupun sekarang aku berendam air mata,
Gusar memikirkan bagaimana aku tanpa dia nanti?
Susah senang aku sering sama dia.
Mungkin yang lain ada,tapi tak sama dengan dia.
Ketika luka mereka lupa menutup mulut mereka sendiri.
Itu saja yang aku boleh bicarakan disini.

Tak sangka.
Macam tak nyata.
Makin faham sekarang.Pengalaman,pengajaran,kawan-kawan memang boleh mematangkan seseorang.
Lebih tua dari usia aku kira sekarang.

Kalau boleh,
aku mahu terus ditanah ini.
Menjadi pemerhati.
Dekat dengan keluarga selama-lamanya!!
Biarlah apa orang mahu kata,
tanggungjawab adalah segala-galanya.

Yang pastinya,
aku tak punya siapa-siapa nanti.
Mr.B,Suzy dan eira sendiri cakap,
Suatu hari nanti aku akan biasakan diri.
Tapi aku takut sendiri.
Aku takut untuk menerima perubahan itu.
Dan perkara yang paling aku takut,
pengorbanan.

Waktu ini,
Aku kelu lidah,
kaki,tangan,minda jadi beku.
Mata aku kabur.
Hitam.
Itu saja yang aku nampak.
Aku bakal jauh dari keluarga.
Aku bakal jauh dari lembu,kembing juga cengkerik bising itu.
AKu sedang melakukan pengorbanan bukan??
hmmmm..

Perlahankan waktu yang ada ini tuhan.
Aku mahu temani bulan yang hujan itu.

Pernikahan yang membawa Perubahan

Benar.Pernikahan itu satu ibadah.
Tapi, kalau pernikahan itu telah membawa seseorang kepada dunia yang berbeza dengan syurgaapa lagi yang harus kita bicarakan disini.

Pernikahan itu seharusnya adil.Bertolak ansur.Berbagi harta berbagi kasih sama ratanya.Dan ketika mata dan telinga menjadi saksi untuk satu kejadian.Apa harus hati kecil ini sorokkan?Apa harus kita agungkan satu pernikahan itu kalau semuanya membawa seorang wanita itu kelembah neraka dunia?

Penyatuan dua hati itu harus ihklas.Setiap pasangan harus menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing.Dan yang paling penting.Keluargamu keluargaku.

Soal pilih kasih tak harus timbul.Kesal sekali melihat satu pernikahan yang suci itu tercarik hanya kerana masalah yang boleh diselesaikan dengan gampang sekali.

Tahap aku untuk membantu,menilai dan menyelesaikan masalah yang dialami oleh hamba allah itu terlalu jauh lagi.Sebab utamanya, aku tidak berada di posisi kalian.

Kenapa harus wanita itu berubah menjadi terlalu beza perilaku dan wataknya sesudah dia bergelar isteri?Pelik bukan.
Tiada lagi baju cantik.
Tiada lagi bulu mata melentik.
Tiada lagi badan ayam katik.
Tiada lagi beg tangan yang terkepit.

Kenapa lelaki itu berubah menjadi terlalu beza perilaku dan wataknya sesudah dia bergelar suami?hairan jua.
Mana pergi cakap sayang di waktu pagi.
Mana pergi senyum manis si suami.
Mana pergi waktu berdating.
Mana pergi puji berkati-kati.

Salah siapa sekarang?Wanita atau lelaki itu?Sebagai perempuan aku mahu sokong kaum sejenisku.Tapi..
Begini saja.Untuk setiap masalah,coba tangani sendirinya.Berhenti mengkritik sesama sendiri. Perjalanan hidup masih terlalu panjang.Mungkin Allah sedang berbicara dengan kalian melalui ujian yang sebegini hebat.


Kaum adam,Lindungilah hawamu.

Memadai bercakap mengunakan mata

kenapa perlu kita bercakap kalau kita tak tahu apa yang kita cuba sampikan itu sebenarnya bukanlah seperti apa yang kita cuba cakap?

Percakapan yang membawa maksud mudah iaitu mengeluarkan kata-kata melalui sebutir bibir ini bukan sahaja boleh membuatkan kita terasa bercakap itu mudah tapi bercakap itu terlalu senang sampai kita tak berfikir apa yang kita bahaskan.

Bercakap tanpa memikirkan perasaan orang lain juga adalah satu perkara yang tergolong dalam golongan yang mengambil mudah dalam perbuatan bercakap itu sendiri.

Dalam kata yang mudah. Bercakap tak gunakan akal dan fikiran.

untuk menyelesaikan segala hal..
Bercakap hanya bila perlu.

Atau dalam hal lain,
bercakaplah dengan mengunakan mata kalian.
Kerana mata punya 1001 rahsia yang kita sendiri tahu kesannya.

Ekspresikan rasa marah itu memadailah hanya menggunakan mata.
Ekspresikan rasa suka itu cukuplah sekadar melalui mata.

itu saja.
Gunakan mata.Mulut itu diamkan saja.

..Malaikat mana yang mampu...

Betapa dapatkah ditemui seseorang didunia ini,
Yang bisa menghapuskan kepiluan dengan bayangan syurga?

Seorang hamba allah ini, seolah-olah menyedarkan aku dari mimpi yang sudah jauh bawa pergi.
Sesuatu yang wajar.Sesuatu yang harus diambil tahu. Tentang sesuatu yang patut aku sedar dari dulu.
Dan sekarang aku keliru.

Kamo itu bukan seperti ini dulunya. Bangun.!!
Manusia itu punya kelemahan. Ya aku tahu. Semua orang ada kelemahan. Aku ada.Semuanya ada. Tapi yang bezanya
kelemahan aku ini boleh buat aku dibunuh oleh hati aku sendiri.
Mungkin dia tak paham dan langsung tak mengerti tentang kondisi tika ini.
Dan aku sendiri mungkin salah menilai.

Dan waktu ini, seperti ada malaikat dikiri dan kanan aku yang asyik tak henti-henti mengingatkan aku tentang
sesuatu yang bakal aku temui nanti.

Tidak.
Jangan.
Cukop.

Malaikat kanan= Berdosa kalau kita berfikiran buruk tentang orang yang kita tak kenal.
Malaikat kiri= Tapi, dari apa yang boleh kita baca, kita sudah tahu dengan siapa kita berurusan sekarang.
Diri sendiri= Aku keliru. Dan terus mengadaikan perkara yang patut entah. Maki hamun diri lagi. Sial kau hati.

Tuhan.Bantu aku sebelum hati tertutup untuk memandang semuanya.
Kirimkan aku malaikatmu,biar jadi kawan hidupku.
Dan dia bakal tunjukkan jalan yang kau pilih untukku.

Astafirullahalazim.



Jangan dikalaukan apa yang dikalaukan
Akan terkalaulah apa yang dikalau-kalaukan itu.

Astagfirullahalazim

Dustakan nikmat tuhan


Mereka bersenang-senang ditempat masing-masing didalam syurga itu dengan berbaring diatas hamparan-hamparan, lapisan-lapisan sebelah dalamnya dalam sutera tebal yang bersulam dan buah-buahan kedua-dua syurga itu dekat kepada mereka untuk dipetik.
Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat tuhan yang kamu hendak dustakan?
Didalam syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangnya tertumpu kepada mereka sahaja, yang tidak pernah disentuh oleh manusia dan jin.
Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat tuhan yang kamu hendak dustakan?
Bidadari-bidadari itu cantik berseri seperti permata delima dan marjan.
Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat tuhan yang kamu hendak dustakan?

Puas sudahkah mengumpul dosa

Mimpi itu datang lagi,
kiranya kehidupan perlu ada perubahan.
Lewat tahun-tahun ini,sering kali persoalan yang sama muncul..
Apa harus aku melakukan perubahan.
Apa harus aku terus merangkak mencari hidayah itu..?
Jauh aku berjalan.
Aku selongkar setiap inci suapan.

Aku tanya,
aku geledah sekian rungsingan..sarat..
Aku memetik sedikit nasihat,
aku simpan lalu aku tanam biar tak hilang lalu kekal dalam ingatan.

Apa aku sudah bersedia untuk itu,
sudah aku tahu hukumnya apa aurat.
Dan sering aku takutan,
yang namanya kematian.
Apa saja yang aku akan bekalkan disana?
Mana imanku?
Mana ibadahku?

Suara hati pernah berbisik..
"APA GUNA KAU SEMBAHYANG 5WAKTU SEHARI?"
"APA GUNA KAU MENGAJI SETIAP MALAM,ANDAI AURATMU MASIH KAU TATAPKAN?"

Menangis menahan esak diatas kain sejadah.
Aku terlalu kerdil disisimu Ya Allah.
Aku insan hina ini amat perlukan hidayah&bimbinganMu.
Lalu apa harus aku lakukan detik ini.
Mencari,menunggu dan terus menanti hidayah itu lagi?

Ya Allah..aku dipersimpangan.

Aku sakit, Bu.


"dingin seluruh tubuh"

Andai kesakitan ini boleh membuatkan aku makin dekat denganMu ya tuhan,
aku rela sakit sampai kapan pun.
Dan jika kesakitan ini hanya untuk mengingatkan aku pada penciptaku,
aku mengaku yang aku ini kadang-kadang lupa pada kekuasaanMu.

Aku cuma mahu kamu berikan aku sedikit kekuatan menghabiskan nota-nota terakhir semester ini ya tuhan.
Kau sakitkanlah tubuhku, tapi jangan ingatanku.
Kau sakitkanlah uratku, tapi jangan hujung jemariku.
Kau sakitkanlah hatiku yang makin berdenyut perlahan, tapi jangan mataku.

Jangan kau jatuhkan aku terus disini,
aku mahu sedikit upaya untuk berwudhuk.
aku mahu sedikit upaya untuk terus membuka mata.

Aku takut menghampiri kematian..
Aku takut melihat malaikat maut itu datang menghampiri
Aku takut.
Tapi atas nama manusia,
ajal itu akan datang pada saat dan ketikanya.

Ampunkan aku.
Ibu abah.

alhamdulillah,21 sudah!

Alhamdulillah,
aku masih bernyawa,
moga usia ini makin tambah panjang,
moga aku punya kesempatan untuk tersenyum lebar.

Sedih tak samping keluarga,
tiada lagi kek istimewa dari mereka,eira,suzy,yus dan semuanya.

Aku conteng-conteng nota,
biar nampak usia tua.

Impian sudah-sudah,
belum sempat aku teroka.
Tak mengapa, masuk buku kira-kira,
langsaikan saja genap umur 22,
makanya,
tak perlu aku tambah niat di diari,
sebab yang dulu pun tak cukup jari.

Tuhan,
agar aku temu apa yang aku cari,
agar aku dapat apa yang aku mimpi.
Ameen..
-ramarama puteh harus happy ini hari-
for th0se,
terima kasih utk ucapan dan ingatannya.
SELAMAT ULANGTAHUN AKU!

angau melampau pada engkau

benarkan aku mengintaimu
dari jauh sambil aku memintal
anganan yang sedang aku kecup adalah kamu

tak terlalu melampau jika aku menulis lagi
bait-bait tentang bagaimana akan aku rapikan rambutmu antara jemariku

izinkan aku bermimpi
bagaimana kamu berjalan
bagaimana kamu tersenyum
bagaimana kamu berteriak ke aku
"hey sayang hanya aku kepunyaanmu"

tapi untuk masa ini biarlah aku melihatmu dari JAUH

setelah menemukan

setelah ditemukan aku jadi malu
setelah ditemukan aku jadi sayu

dan kerana itu
aku harus berlalu kerna dia, si hijau ku sudah punya sesuatu.

walau dia tahu
yang selalu menatap hanya aku
walau dia tahu
yang berselindung di balik kain tirai itu..
hanya aku.

dan untuk itu..
aku mengaku..
betapa aku suka kamu.
betapa aku mahu kamu tahu wahai katak hijau ku..

aku tak sanggup berlalu bila kau lalu
jantung aku bunyi dup dup dup
aku terpaksa control ayu walau aku tak suka buat macam tu
semua sebab??
sebab kamu.

tapi..
kamu tetap tak nampak aku.

kamu bijak
kamu kacak
aku kira
kamu mungkin sempurna..

tapi bukan untuk aku!!!

November 27, 2011

kalau itu yang kau rasa

Kalau kau rasa menjaohkan diri kau dari aku adalah cara terbaek untuk kau lupakan aku maka aku redha dengan semua tindak tanduk kau.

Kalau kau rasa melupakan aku adalah cara terbaek untuk kau buang rasa yang bersarang dalam hati kau maka aku terima dengan cara kau.

Kalau kau rasa membuang aku adalah cara terbaek kau untuk menghapuskan aku dari jiwa kau maka aku rela dengan tiap laku kau.

Kalau kau rasa menghapuskan aku adalah cara terbaek untuk membunoh aku dari jiwa kau maka sumpah aku pasrah.

Sungguh aku terima setiap keputusan tidak matang kau. Sungguh aku redha. Sungguh aku rela.

Yang aku mahu kau tahu. Yang aku mahu kau sedar. Yang aku mahu kau ingat. Hanya satu.

Mudahnya kau melupakan aku. Mudahnya kau usir aku dari memori kau.

Kalau aku diberi pilihan. Aku mahu hilang ingtan. Dan manusia pertama yang aku mahu lupuskan adalah yang namanya engkau. Langsung tak perlu aku rasa saket untuk semua kenangan yang pernah kau cipta sama aku.

Suck.

November 19, 2011

awak. terima kaseh.

Sudah ternyata memang lama saya simpan ini duka. Dan waktu jari sibuk bercumbu dengan tiap abjad di sini, fikiran saya jauh memikirkan awak yang sedang bahagia. Memikirkan awak adakah awak masih menyayangi dan menyukai saya? 

Kenapa ya awak, saya nak tau kenapa awak langsung tak punya keberanian nak luah apa yang awak rasa. Dan disebabkan ketakutan dan ketidakyakinan awak, saya rasa awaklah lelaki yang paling pengecut di mata saya. Ya. Pengecut ! 

Saya kira hubungan yang sudah lama kita bina bakal berakhir dengan senyum gelak malah tawa. Tapi, sudahnya, saya berendam air mata. Berendam dengan setiap keputusan bodoh yang awak cipta. 

Awak kecewa dengan saya malah awak pilih dia? 

Jujurnya, saya cuma sedikit terasa. 

Awak, kalau lah awak tau betapa saya menghargai setiap tindak tanduk awak untuk saya. Sungguh, saya gembira bila awak ada setiap kali sama saya. Awak buat saya rasa saya satu-satunya perempuan yang bertahkta di hati awak. 

Hai awak, kenapa awak tak nak cuba luah kan semua yang tersisa? 

Di hujung usia perkenalan kita, saya mahu terima kaseh sebanyaknya kerana awak pernah menyukai saya malah menyayangi saya apa adanya. 

Saya nak awak tau, yang saya sudah tau semua perkara soal hati awak. Tapi, saya kecewa sebab awak terlalu takut nak menelan kenyataan. Itu saja.

Dan untuk 

"aku menyukai setiap aspek yang ada pada diri dia" 

Buat saya lebih menghargai awak. 

Terima kaseh dan selamat berbahagia dengan keputusan awak. 

March 4, 2011

bunga bunga telefon

Sibuk. Itu sebenarnya situasi yang paling aku suka sebab on that time, aku akan lupa semua benda tentang apa saja yang tak berfaedah. Contohnya seperti, makan sampai kembang perut depan. Atau mungkin tidur sampai urat mata bersimpul.

Pagi-pagi aku dah bangun dengan harapan nak makan besar sama cik wawa. Sekali cafe tutup. Ouh rugilah the siblings sebab tak dapat entertain kami hari ni. haha. JIJIK. Aku mahu bicara tentang seseorang ini hari. Kalau boleh macam nak kasi tau sama dia yang aku tak save no dia. Bukan aku tak nak save tapi takut bila dah save, mula la nak terhegeh-hegeh mesej segala. Haa.. tu yang paling tak senonoh. So. tak ya save sebab dah memang terbukti otak kau bukan jenis hafal-hafal segala kan kan.

Di pagi yang cerah dan mood yang macam comel suka senyum-senyum bila orang jalan sebelah tuh, aku telah dikejutkan oleh satu panggilan misteri. I thought abang jual baju telefon cakap nak sampai kampus, so i just pick that call macam orang gila.

citation | google shi
Dan ternyata bukan apa yang aku sangka. Its him. Kelu sebenarnya, but i try to pretend like ouh? u call me? ada apa ya? haha. serius perangai pompuan macam hanjeng.

Aku tak tahu, kenapa aku patut rasa relief. Patut rasa, best nya. Patut rasa, its him. Patut rasa, eventually. Tak tau la apa sebenarnya yang bermain dalam otak kecil aku. Ikut hati macam nak tanya macam-macam but malaikat-malaikat comel asyik bisik-bisik kat telinga. "Sudahla. Jangan nak berlebih-lebih". Oke. Aku tak berlebih sebenarnya. Tak berlebih langsung sampai tak tanya soal, sihat ka awak? I am such a good girl. Seorang perempuan yang selalu ikut polisi hidup yang macam tak praktikal langsung dengan dunia sendiri. What the hell is it. !

Awak, to be honest. I miss u. Dengar suara awak yang macam bapok tu, saya rasa comel. ^_^
















ezan.stop dreaming something shit like that.

February 26, 2011

bulog itu diari

Aku mahu mencarot lebih-lebih macam dulu. Tapi, sumpah tak paham, kenapa tak berapa nak ada orang-orang sekeliling aku paham. Paham apa itu erti carotan. Oke dah. Teruskan sayang. Sepanjang kehidupan aku yang banyak menyusahkan mak bapak, adek beradek, kawan-kawan serta jin-jin dimuka bumi ini dan tentunya malaikat-malaikat chantek, aku dah kumpul lebih kurang 9 buku diari. Tu jer. 

|citation : google shi|


Rajin pulak aku mengarot dalam tuh. Content macam biasa. Diari pertama waktu aku di bangku sekolah rendah. helo, kecik-kecik aku dah pandai tulis-tulis na, no wonder la bm kau klas ! Aku kena maki dengan kawan, aku kutuk dia dalam tu. Cikgu aku bias, aku gosip dalam tu, besfren aku suka lelaki yang aku suka, pon aku menanges dalam tu. Pendek kata, mak aku belikan adek aku selipar katon-katon pon aku cerita dalam tu. Tapi kat bawah mesti ada :
p/s : mood merajuk sedih sebab dipinggirkan

Serius perangai macam hanjeng. Masuk sekolah menengah lagi ligat. Maklum lah, kelas sastera. Aku masuk banyak pertandingan menulis. Puisi, pantun semua tu aku daftar. Aku rasa cikgu bahasa melayu aku tuh, dah naik meluat dengan perangai lemak aku. Ala cikgu, nasib baik ada saya tau nak masuk pertandingan jenis tu, kalau tak, sekolah kita mesti tak ada wakil. sekolah jahat. Sekolah unwanted biasalah. Mana la mampu lawan sekolah-sekolah hebat diluar sana. Kesian pengetua. ^_^


Seterusnya, makin banyak, banyak dan banyak. Dan banyak jugak la pen-pen aku yang kering dakwat. Aku rasa rangking tertinggi pelajar yang kehilangan atau ketinggalan diari di perpustakaan mesti nama aku apa. Pernah aku cari merata-rata, sedar-sedar aku tinggal kat reference desk, boleh pulak, staff library buat pameran diari belacan aku. Sangat comel abang.

Usia makin meningkat, pemikiran semakin terbuka, dan nafsu pun tipulah kalau tak beraja. Perkara paling jahanam aku pernah tulis dalam diari adalah soal chenta. Soal yang namanya dia. Aku buat satu diari khas untuk dia, aku tulis semua tentang dia. Tiket wayang, resit makan, gambar together, aku simpan dalam tu. Kotak rokok dia pon aku bukak lipatan, iron n simpan dalam diari comel title :the one & only: sekarang baru aku sedar yang apa aku buat tu sebenarnya. disgusting. Bajet nak bagi dia bila anniversary. Sekali tak sempat anniversary dah clash. T__T

|citation : google shi|

Dunia dah maju, pen dah mahal, kertas dah kena save. Paperless Electronic Record Management. Semua diari lama aku still simpan kecuali yang :the one & only: jijik kot simpan dalam loker. Memalukan kalau keturunan ku lihat nanti. Nak pula kalau kawen nanti suami tengok. Mesti dia merajuk sebab simpan kenangan silam. alololo.. my future husband anda sangat comel. :)


Dah masuk uniberct ni, aku masih punya diari tapi mengenangkan im mature already, tak perlu lah sangat mencarot atas kertas banyak-banyak. Bulog hadir memberi seribu makna terhadap ku. Apahal semua macam jijik ni. oke J I J I K sayang. Menulis disini sama dengannya aku mencoret disana satu waktu dulu. Isinya, corak bahasanya, lantun gayanya, melodi susunnya semua itu sama. Ya mungkin tulisan beza. no more pen drop on the paper.

Dan mahu tegaskan disini. Ini bukan untuk siapa-siapa. Bukan. Tidak atau apa sahaja yang sewaktu dengannya. 


Sebab bulog satu diari istimewa untuk aku. atau mungkin saya.

|citation : google shi sarangheyo|


carotan : awak, saya rindu.