October 13, 2012

Aku sakit, Bu.


"dingin seluruh tubuh"

Andai kesakitan ini boleh membuatkan aku makin dekat denganMu ya tuhan,
aku rela sakit sampai kapan pun.
Dan jika kesakitan ini hanya untuk mengingatkan aku pada penciptaku,
aku mengaku yang aku ini kadang-kadang lupa pada kekuasaanMu.

Aku cuma mahu kamu berikan aku sedikit kekuatan menghabiskan nota-nota terakhir semester ini ya tuhan.
Kau sakitkanlah tubuhku, tapi jangan ingatanku.
Kau sakitkanlah uratku, tapi jangan hujung jemariku.
Kau sakitkanlah hatiku yang makin berdenyut perlahan, tapi jangan mataku.

Jangan kau jatuhkan aku terus disini,
aku mahu sedikit upaya untuk berwudhuk.
aku mahu sedikit upaya untuk terus membuka mata.

Aku takut menghampiri kematian..
Aku takut melihat malaikat maut itu datang menghampiri
Aku takut.
Tapi atas nama manusia,
ajal itu akan datang pada saat dan ketikanya.

Ampunkan aku.
Ibu abah.

No comments:

Post a Comment

potpet