Menangis menitis disisir pelangi
Tak mahu aku hembus rindu yang bakal terlahir itu
Begini,andai tak bisik maka tak dicerita
tapi berbisik terus dicerita.
Kecewa lagi dengan dunia.
Kejam pada semuanya.
Perempuan yang sering menyulam ditepi hati itu.
Aku.
Aku tahu,bulan pun pasti menangis melihat aku.
Aku tahu,matahari pun pasti menyejuk melihat aku.
AKu tahu,bintang pun pasti menyepi melihat aku.
Drastik.
Tak pernah pun aku ucapkan selamat tinggal setiap kali penggal tiba.
Malah tak pernah terfikir pun aku bakal sendirian nanti.
Kita sudah berjanji bukan?
semuanya sama-sama.
Belajar,bekerja jua mencari itu pun.
Tapi takdir seolah-olah bermain dengan kita.Mereka.Dan semuanya.
Mesti ada yang mentertawakan kita.
Aku.
Terkapai-kapai tanpa teman seperti kamu.
Harus menerima semuanya yang baru.
Susah dan sukar.
Itu saja yang perlu kita tahu.
Teman yang sanggup ada,terima kita apa adanya, jarang ya.
Tapi yang ambil kesempatan,mentertawakan kita,
yang hanya datang pada kita bila mereka susah
bersepah-sepah.
Kenapa ya,
manusia itu tak pernah kenal erti bersyukur?
Kita kutip,kita bawa,kita jaga
Tapi mereka layan kita macam sampah?Sial.WTF.
aku bersyukur,
aku cepat tersedar.
Ya tuhan,berat untuk aku merelakan kenyataan ini.
Kenangan bersama mereka terutama eira,
akan selalu ada.
Walaupun sekarang aku berendam air mata,
Gusar memikirkan bagaimana aku tanpa dia nanti?
Susah senang aku sering sama dia.
Mungkin yang lain ada,tapi tak sama dengan dia.
Ketika luka mereka lupa menutup mulut mereka sendiri.
Itu saja yang aku boleh bicarakan disini.
Tak sangka.
Macam tak nyata.
Makin faham sekarang.Pengalaman,pengajaran,kawan-kawan memang boleh mematangkan seseorang.
Lebih tua dari usia aku kira sekarang.
Kalau boleh,
aku mahu terus ditanah ini.
Menjadi pemerhati.
Dekat dengan keluarga selama-lamanya!!
Biarlah apa orang mahu kata,
tanggungjawab adalah segala-galanya.
Yang pastinya,
aku tak punya siapa-siapa nanti.
Mr.B,Suzy dan eira sendiri cakap,
Mr.B,Suzy dan eira sendiri cakap,
Suatu hari nanti aku akan biasakan diri.
Tapi aku takut sendiri.
Aku takut untuk menerima perubahan itu.
Dan perkara yang paling aku takut,
pengorbanan.
Waktu ini,
Aku kelu lidah,
kaki,tangan,minda jadi beku.
Mata aku kabur.
Hitam.
Itu saja yang aku nampak.
Aku bakal jauh dari keluarga.
Aku bakal jauh dari lembu,kembing juga cengkerik bising itu.
AKu sedang melakukan pengorbanan bukan??
hmmmm..
Perlahankan waktu yang ada ini tuhan.
Aku mahu temani bulan yang hujan itu.



aku harap kamu tabah hdapi semua ini..moga kamu brtemu kbahgiaan di sana..N jgn lupa kmi di sini..
ReplyDeletesmoga tabah juge.. ;D
ReplyDeletedear suzz:tgh belajar untuk coba jadi tabah la ni..tak akan lupa semuanya..penuh 1 diari gambar kita2..kamu jgn lupa catit semuanya dalam diari aku kasi itu ya.
ReplyDeletedear gadisku:tgh belajar jadi tabah la ni.agagagag..
hei, ni la gadis itu...
ReplyDeletesemoga kamu berjaya di sana..
aku jua pasti merindui kamu..
..eira..:(