October 14, 2012

Baju Melayu Hitam

Tuhan,

Tampannya dia bila dia melangkah keluar. Memakai baju melayu hitamnya.
Segaknya dia bila dia berjalan masuk. Memakai baju melayu hitamnya.

Jagakan hati aku moga tidak terus jatuh dalam mimpi yang diciptakan iblismu.
Jaohkan jiwa aku dari lamun-lamun kosong yang boleh melalaikan hari-hari aku.

Satu aku mohon,

Andai dia untuk aku maka kau dekatkan lah hati kami. Dah kalau sudah benar tertulis disana yang aku bukan untuk dia, juga dia bukan untuk aku. Semoga dijauhkan rasa kami. Semoga takkan ada rasa yang dibina. Semoga tak kan ada hati yang bakal terluka. Semoga takkan ada air mata yang mungkin terjatoh.

Aku tidak mahu didatangkan bayang dia setiap kali mata mahu tutop minta rehat.

Tolong, Ya Allah.

No comments:

Post a Comment

potpet