kenapa perlu kita bercakap kalau kita tak tahu apa yang kita cuba sampikan itu sebenarnya bukanlah seperti apa yang kita cuba cakap?
Percakapan yang membawa maksud mudah iaitu mengeluarkan kata-kata melalui sebutir bibir ini bukan sahaja boleh membuatkan kita terasa bercakap itu mudah tapi bercakap itu terlalu senang sampai kita tak berfikir apa yang kita bahaskan.
Bercakap tanpa memikirkan perasaan orang lain juga adalah satu perkara yang tergolong dalam golongan yang mengambil mudah dalam perbuatan bercakap itu sendiri.
Dalam kata yang mudah. Bercakap tak gunakan akal dan fikiran.
untuk menyelesaikan segala hal..
Bercakap hanya bila perlu.
Atau dalam hal lain,
bercakaplah dengan mengunakan mata kalian.
Kerana mata punya 1001 rahsia yang kita sendiri tahu kesannya.
Ekspresikan rasa marah itu memadailah hanya menggunakan mata.
Ekspresikan rasa suka itu cukuplah sekadar melalui mata.
itu saja.
Gunakan mata.Mulut itu diamkan saja.
October 13, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment
potpet