Aku mahu mencarot lebih-lebih macam dulu. Tapi, sumpah tak paham, kenapa tak berapa nak ada orang-orang sekeliling aku paham. Paham apa itu erti carotan. Oke dah. Teruskan sayang. Sepanjang kehidupan aku yang banyak menyusahkan mak bapak, adek beradek, kawan-kawan serta jin-jin dimuka bumi ini dan tentunya malaikat-malaikat chantek, aku dah kumpul lebih kurang 9 buku diari. Tu jer.
![]() | ||||||||||
| |citation : google shi| |
Rajin pulak aku mengarot dalam tuh. Content macam biasa. Diari pertama waktu aku di bangku sekolah rendah. helo, kecik-kecik aku dah pandai tulis-tulis na, no wonder la bm kau klas ! Aku kena maki dengan kawan, aku kutuk dia dalam tu. Cikgu aku bias, aku gosip dalam tu, besfren aku suka lelaki yang aku suka, pon aku menanges dalam tu. Pendek kata, mak aku belikan adek aku selipar katon-katon pon aku cerita dalam tu. Tapi kat bawah mesti ada :
p/s : mood merajuk sedih sebab dipinggirkan
Serius perangai macam hanjeng. Masuk sekolah menengah lagi ligat. Maklum lah, kelas sastera. Aku masuk banyak pertandingan menulis. Puisi, pantun semua tu aku daftar. Aku rasa cikgu bahasa melayu aku tuh, dah naik meluat dengan perangai lemak aku. Ala cikgu, nasib baik ada saya tau nak masuk pertandingan jenis tu, kalau tak, sekolah kita mesti tak ada wakil. sekolah jahat. Sekolah unwanted biasalah. Mana la mampu lawan sekolah-sekolah hebat diluar sana. Kesian pengetua. ^_^
Seterusnya, makin banyak, banyak dan banyak. Dan banyak jugak la pen-pen aku yang kering dakwat. Aku rasa rangking tertinggi pelajar yang kehilangan atau ketinggalan diari di perpustakaan mesti nama aku apa. Pernah aku cari merata-rata, sedar-sedar aku tinggal kat reference desk, boleh pulak, staff library buat pameran diari belacan aku. Sangat comel abang.
Usia makin meningkat, pemikiran semakin terbuka, dan nafsu pun tipulah kalau tak beraja. Perkara paling jahanam aku pernah tulis dalam diari adalah soal chenta. Soal yang namanya dia. Aku buat satu diari khas untuk dia, aku tulis semua tentang dia. Tiket wayang, resit makan, gambar together, aku simpan dalam tu. Kotak rokok dia pon aku bukak lipatan, iron n simpan dalam diari comel title :the one & only: sekarang baru aku sedar yang apa aku buat tu sebenarnya. disgusting. Bajet nak bagi dia bila anniversary. Sekali tak sempat anniversary dah clash. T__T
![]() | |
| |citation : google shi| |
Dunia dah maju, pen dah mahal, kertas dah kena save. Paperless Electronic Record Management. Semua diari lama aku still simpan kecuali yang :the one & only: jijik kot simpan dalam loker. Memalukan kalau keturunan ku lihat nanti. Nak pula kalau kawen nanti suami tengok. Mesti dia merajuk sebab simpan kenangan silam. alololo.. my future husband anda sangat comel. :)
Dah masuk uniberct ni, aku masih punya diari tapi mengenangkan im mature already, tak perlu lah sangat mencarot atas kertas banyak-banyak. Bulog hadir memberi seribu makna terhadap ku. Apahal semua macam jijik ni. oke J I J I K sayang. Menulis disini sama dengannya aku mencoret disana satu waktu dulu. Isinya, corak bahasanya, lantun gayanya, melodi susunnya semua itu sama. Ya mungkin tulisan beza. no more pen drop on the paper.
Dan mahu tegaskan disini. Ini bukan untuk siapa-siapa. Bukan. Tidak atau apa sahaja yang sewaktu dengannya.
Sebab bulog satu diari istimewa untuk aku. atau mungkin saya.
![]() |
| |citation : google shi sarangheyo| |
carotan : awak, saya rindu.






hahaha. nice entry. even dlu i pun ade my own diary. but xde la se'tragis' ur diary. means tadela tulis mcm2. just tgk org ade diaey, aq pun nk ade gak la! hahaha =P
ReplyDeletehahahhaha! se tragis..its so cruel!
ReplyDelete