June 14, 2010

lelaki dalam payungmu

Saya bercakap sebagai seorang perempuan ini malam. Memanglah selama ini saya dilahirkan sebagai perempuan. Tapi ini malam, soal lain. Saya tahu, dengan usia begini. Kawan - kawaan saya yang lain sudah sibuk mencari. Mencari lelaki yang ada untuk mereka.




Saya terpanggil untuk membebel. Sambil air mata menghambur - hambur keluar dari kelopak. Ada teman yang bertanya, saya bila. Saya akui yang saya sebenarnya malas nak mula bicara. Nanti panjang pula ceritanya. Jadi, saya simpulkan saja yang saya lebih suka begini dari begitu. Sambil ketawa paras volume 25% saja. Dan mulalah teman saya mencucuk, mencubit, lalu ketawa lagi saya. Tapi dalam hati.

" aku tak punya wajah sesempurna kalian."
" aku tak punya senyuman semanis kalian."
" aku tak punya hati sebersih kalian."

kerana aku. Tak punya apa - apa selain harapan dan sebakul doa untuk menjadi sama seperti kalian.

Saya pernah juga ditanya, tidak boring kah begini. Saya senyum saja.

Teman, sesungguhnya. Perempuan mana yang tak mahukan lelaki dalam hidupnya. Perempuan gila pon kebanyakannya gila ke lelaki.

Saya mungkin serik, sebab pernah ditinggalkan chenta masa lalu. Konon chenta yang pernah ditawarkan segala.

Saya lebih senang begini. Biarlah chenta pada keluarga dan selebihnya buat Dia satu - satunya.
Cuma bila berdoa, saya sering sebut untuk mendapatkan lelaki yang boleh menjadi suami merangkap imam saya waktu solat.

Saya tahu, saya tak layak mengharap apa - apa yang lebih dari tanduk kewarasan saya. Cuma, saya seorang muslim yang mahu diri diperbaiki. Bukan saja saya seorang diri mencari nur itu, tapi saya mahu nur itu datang dan dibawa oleh seorang yang bernama lelaki yang bakal sepayung dengan saya.

Yang moga suatu hari si lelaki sepayung itu, mampu kejutkan saya dari tidur yang panjang. Si lelaki sepayung itu, mampu ajarkan saya apa yang saya tak tahu soal agama. Si lelaki sepayung itu mampu didik saya untuk merangkak lalu berjalan dengan lebih tertib ke syurga. Si lelaki sepayung itu, mampu ajarkan saya menanam sebanyak iman agar lebih wangi diri saya.
Tapi, apa istimewanya seorang perempuan ini sampai sanggup memasang cita - cita tinggi untuk merangkul bayang - bayang suci itu.

Saya akui, saya malah bukan sahaja hina tapi jauh sangat tidak sempurna.

Sejujurnya, syaitan pernah berhasil menjentik - jentik hati saya lalu saya pernah terbabas menyukai lelaki yang saya sangka lelaki sepayung saya kelak. Dan kuasa tuhan. Saya cepat sedar. Tuhan tunjukkan saya, bahawa dia bukan lelaki yang saya cari. Saya syukur. Biarlah sekarang saya tak punya lelaki itu. Kerana Allah pasti sedang memelihara hati saya dari leka. Dan akibat leka itu, saya mungkin akan jauh lupakan apa yang patut saya pegang selama usia saya di muka bumi ini.

Dibibit hujung doa, saya percaya semua perempuan akan mohon. Yang mana satu hari nanti minta dikurniakan lelaki yang terpelihara akhlaknya untuk mereka.

Jadi, perempuan - perempuan. Jagalah akhlak anda, kerana andai baik anda maka baiklah lelaki anda kelak. Sesunggohnya, anda adalah cerminan siapa jodoh anda satu hari nanti.


Saya tak bercakap seolah saya ini wanita melayu terakhir malah muslimah paling dekat denganNya. Tidak. Saya ini, hamba yang hina. Hamba yang hanya mampu berdoa. Kerana, saya sudah lama jatuh dalam harapan.

Dan untuk itu, saya sendiri sedang bertatih untuk bangun. Untuk menerima semua ketentuan tuhan. Saya bakal redha dengan apa yang akan diberi kelak. Kerana apa yang saya mahu. Lelaki sepayung itu akan menyempurnakan separuh dari agama saya. Itu saja.

Kerana menikah itu dituntut sama sekali dalam agama.

Tak tahu kenapa ini malam si saya itu jadi begitu memikirkan soal masa depannya. Si saya itu takut belum sempat dia sempurnakan agama, dia di panggil kiamatnya. Si saya khuatir, yang hari tuanya, dia bakal sendirian tanpa ada siapa - siapa.

No comments:

Post a Comment

potpet