October 13, 2012

Kudrat yang terlewatkan

Barangkali perkataan itu sudah cukup menunjukkan apa sebenarnya
jalan cerita kehidupan seorang pekerja
yang hari-harinya mengadap perkara yang sama demi mencari sesuap nasi untuk anak isteri di rumah.

Dan kalau aku ini sebagai perempuan yang masih muda lagi cukup tenaga mengadu pekara yang sama,
haiii apa mahu jadi dengan nasib si tua itu semahunya.

Aku ada menonton satu cerita di depan mata
tentang celakanya kehidupan seorang tua yang terpaksa
membanting diri untuk menanggung anak yang masih menuntut.

Wajah tua yang tak cukup kudrat mengayuh kenderaan tanpa enjin bergerak
tak kira panas
tak kira hujan
buat aku insaf.

Menangis mendengar keluh
Mengeluh mendengar perit
Menjerit mendengar sakit.

Si tua, tiada apa yang mampu aku tolong melainkan sebakul doa
Moga kamu tabah dalam mematangkan usia mu yang memang sudah matang.
Moga kamu cekal menjalani hari berbaki
Moga anakmu membalas keringat kamu yang telah terjual sejak berpuluh tahun itu.

Dalam menghitung umurku yang makin meningkat,
aku makin memahami erti sebenar sebuah kehidupan ayah dan ibu itu.
Ya, mereka hidup demi kita dan kita?
persetan pada cinta konon bahagia selama-lamanya.

Terima kasih.
Syukur kerana aku masih bernyawa ini hari.
Kesempatan yang ada hanya untuk membalas segala apa yang dicurahkan.

Yang dikisah akan diendah
Yang dirempuh tidak segera dicemuh


Panjangkan waktu yang ada ini, ya tuhan.

nasihat senja

Senja,
tak kesah.
ya, dia memang tak kesah apa mahu jadi sama semuanya.
mahu mati
mahu hidup
biar.
biar segalanya.

Kira mahu buang memori
Kira mahu buang akal
Biar otak senja itu
berehat sebentar.

Senja bisik lagi.
Jangan kamu kesah.

Ya.
Senja.
Aku tak kesah.

Tanam hidup-hidup.

Jilbab suci

Jilbabmu mencirikan
kalau kau cinta pada Tuhanmu
dan kau rela
menutupi rambut indah mu
karena kau juga
cinta perintah Tuhanmu.

Andai semua wanita
rela menutupi
keindahan auratnya
betapa senang ulama mengajarinya.

Namun beda watak
beda pula jalan yang dia tempuh
itu lah mengapa Tuhan memberi kita otak
agar kita bisa memilih dan berpikir
dunia seperti apa yang di inginkan.

Sebenarnya
banyak kata yang dikeluarkan
banyak pula bualan yang dilakukan
namun tak ada katatak tau isi kita.

Tak banyak yang ku sampaikan
hanya rasa simpati ku
terhadapmu.

Mukamu cerah
karena air wudlu yang memberikan kesucian
Rambutmu tertutup
hanya yang halal lah yang bisa melihatnya
Matamu cerah
karena alquran yang mengasah nya
Lisanmu terjaga
karena doa yang terus kau ucap.


Andai semua ini untuk aku...
Moga akan tiba.

merenung kekecewaan yang tak berpenghujung


merenung kekecewaan yang tak berpenghujung
Mahu teriak sekuatnya
Mahu nangis semahunya
biar semua tahu betapa aku kecewa pada mainan dunia
biar semua tahu betapa aku kecewa jatuh pada musibahnya

leka itu buat aku lupa
leka itu buat aku hilang semuanya

mahu matahari temani aku apa adanya
kerna dia saja yang tahu apa aku rasa.

bakal meniti semuanya sendiri


Menangis menitis disisir pelangi
Tak mahu aku hembus rindu yang bakal terlahir itu
Begini,andai tak bisik maka tak dicerita
tapi berbisik terus dicerita.

Kecewa lagi dengan dunia.
Kejam pada semuanya.
Perempuan yang sering menyulam ditepi hati itu.
Aku.
Aku tahu,bulan pun pasti menangis melihat aku.
Aku tahu,matahari pun pasti menyejuk melihat aku.
AKu tahu,bintang pun pasti menyepi melihat aku.

Drastik.
Tak pernah pun aku ucapkan selamat tinggal setiap kali penggal tiba.
Malah tak pernah terfikir pun aku bakal sendirian nanti.
Kita sudah berjanji bukan?
semuanya sama-sama.
Belajar,bekerja jua mencari itu pun.
Tapi takdir seolah-olah bermain dengan kita.Mereka.Dan semuanya.
Mesti ada yang mentertawakan kita.
Aku.
Terkapai-kapai tanpa teman seperti kamu.
Harus menerima semuanya yang baru.
Susah dan sukar.
Itu saja yang perlu kita tahu.

Teman yang sanggup ada,terima kita apa adanya, jarang ya.
Tapi yang ambil kesempatan,mentertawakan kita,
yang hanya datang pada kita bila mereka susah
bersepah-sepah.

Kenapa ya,
manusia itu tak pernah kenal erti bersyukur?
Kita kutip,kita bawa,kita jaga
Tapi mereka layan kita macam sampah?Sial.WTF.

aku bersyukur,
aku cepat tersedar.
Ya tuhan,berat untuk aku merelakan kenyataan ini.

Kenangan bersama mereka terutama eira,
akan selalu ada.
Walaupun sekarang aku berendam air mata,
Gusar memikirkan bagaimana aku tanpa dia nanti?
Susah senang aku sering sama dia.
Mungkin yang lain ada,tapi tak sama dengan dia.
Ketika luka mereka lupa menutup mulut mereka sendiri.
Itu saja yang aku boleh bicarakan disini.

Tak sangka.
Macam tak nyata.
Makin faham sekarang.Pengalaman,pengajaran,kawan-kawan memang boleh mematangkan seseorang.
Lebih tua dari usia aku kira sekarang.

Kalau boleh,
aku mahu terus ditanah ini.
Menjadi pemerhati.
Dekat dengan keluarga selama-lamanya!!
Biarlah apa orang mahu kata,
tanggungjawab adalah segala-galanya.

Yang pastinya,
aku tak punya siapa-siapa nanti.
Mr.B,Suzy dan eira sendiri cakap,
Suatu hari nanti aku akan biasakan diri.
Tapi aku takut sendiri.
Aku takut untuk menerima perubahan itu.
Dan perkara yang paling aku takut,
pengorbanan.

Waktu ini,
Aku kelu lidah,
kaki,tangan,minda jadi beku.
Mata aku kabur.
Hitam.
Itu saja yang aku nampak.
Aku bakal jauh dari keluarga.
Aku bakal jauh dari lembu,kembing juga cengkerik bising itu.
AKu sedang melakukan pengorbanan bukan??
hmmmm..

Perlahankan waktu yang ada ini tuhan.
Aku mahu temani bulan yang hujan itu.

Pernikahan yang membawa Perubahan

Benar.Pernikahan itu satu ibadah.
Tapi, kalau pernikahan itu telah membawa seseorang kepada dunia yang berbeza dengan syurgaapa lagi yang harus kita bicarakan disini.

Pernikahan itu seharusnya adil.Bertolak ansur.Berbagi harta berbagi kasih sama ratanya.Dan ketika mata dan telinga menjadi saksi untuk satu kejadian.Apa harus hati kecil ini sorokkan?Apa harus kita agungkan satu pernikahan itu kalau semuanya membawa seorang wanita itu kelembah neraka dunia?

Penyatuan dua hati itu harus ihklas.Setiap pasangan harus menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing.Dan yang paling penting.Keluargamu keluargaku.

Soal pilih kasih tak harus timbul.Kesal sekali melihat satu pernikahan yang suci itu tercarik hanya kerana masalah yang boleh diselesaikan dengan gampang sekali.

Tahap aku untuk membantu,menilai dan menyelesaikan masalah yang dialami oleh hamba allah itu terlalu jauh lagi.Sebab utamanya, aku tidak berada di posisi kalian.

Kenapa harus wanita itu berubah menjadi terlalu beza perilaku dan wataknya sesudah dia bergelar isteri?Pelik bukan.
Tiada lagi baju cantik.
Tiada lagi bulu mata melentik.
Tiada lagi badan ayam katik.
Tiada lagi beg tangan yang terkepit.

Kenapa lelaki itu berubah menjadi terlalu beza perilaku dan wataknya sesudah dia bergelar suami?hairan jua.
Mana pergi cakap sayang di waktu pagi.
Mana pergi senyum manis si suami.
Mana pergi waktu berdating.
Mana pergi puji berkati-kati.

Salah siapa sekarang?Wanita atau lelaki itu?Sebagai perempuan aku mahu sokong kaum sejenisku.Tapi..
Begini saja.Untuk setiap masalah,coba tangani sendirinya.Berhenti mengkritik sesama sendiri. Perjalanan hidup masih terlalu panjang.Mungkin Allah sedang berbicara dengan kalian melalui ujian yang sebegini hebat.


Kaum adam,Lindungilah hawamu.

Memadai bercakap mengunakan mata

kenapa perlu kita bercakap kalau kita tak tahu apa yang kita cuba sampikan itu sebenarnya bukanlah seperti apa yang kita cuba cakap?

Percakapan yang membawa maksud mudah iaitu mengeluarkan kata-kata melalui sebutir bibir ini bukan sahaja boleh membuatkan kita terasa bercakap itu mudah tapi bercakap itu terlalu senang sampai kita tak berfikir apa yang kita bahaskan.

Bercakap tanpa memikirkan perasaan orang lain juga adalah satu perkara yang tergolong dalam golongan yang mengambil mudah dalam perbuatan bercakap itu sendiri.

Dalam kata yang mudah. Bercakap tak gunakan akal dan fikiran.

untuk menyelesaikan segala hal..
Bercakap hanya bila perlu.

Atau dalam hal lain,
bercakaplah dengan mengunakan mata kalian.
Kerana mata punya 1001 rahsia yang kita sendiri tahu kesannya.

Ekspresikan rasa marah itu memadailah hanya menggunakan mata.
Ekspresikan rasa suka itu cukuplah sekadar melalui mata.

itu saja.
Gunakan mata.Mulut itu diamkan saja.

..Malaikat mana yang mampu...

Betapa dapatkah ditemui seseorang didunia ini,
Yang bisa menghapuskan kepiluan dengan bayangan syurga?

Seorang hamba allah ini, seolah-olah menyedarkan aku dari mimpi yang sudah jauh bawa pergi.
Sesuatu yang wajar.Sesuatu yang harus diambil tahu. Tentang sesuatu yang patut aku sedar dari dulu.
Dan sekarang aku keliru.

Kamo itu bukan seperti ini dulunya. Bangun.!!
Manusia itu punya kelemahan. Ya aku tahu. Semua orang ada kelemahan. Aku ada.Semuanya ada. Tapi yang bezanya
kelemahan aku ini boleh buat aku dibunuh oleh hati aku sendiri.
Mungkin dia tak paham dan langsung tak mengerti tentang kondisi tika ini.
Dan aku sendiri mungkin salah menilai.

Dan waktu ini, seperti ada malaikat dikiri dan kanan aku yang asyik tak henti-henti mengingatkan aku tentang
sesuatu yang bakal aku temui nanti.

Tidak.
Jangan.
Cukop.

Malaikat kanan= Berdosa kalau kita berfikiran buruk tentang orang yang kita tak kenal.
Malaikat kiri= Tapi, dari apa yang boleh kita baca, kita sudah tahu dengan siapa kita berurusan sekarang.
Diri sendiri= Aku keliru. Dan terus mengadaikan perkara yang patut entah. Maki hamun diri lagi. Sial kau hati.

Tuhan.Bantu aku sebelum hati tertutup untuk memandang semuanya.
Kirimkan aku malaikatmu,biar jadi kawan hidupku.
Dan dia bakal tunjukkan jalan yang kau pilih untukku.

Astafirullahalazim.



Jangan dikalaukan apa yang dikalaukan
Akan terkalaulah apa yang dikalau-kalaukan itu.

Astagfirullahalazim

Dustakan nikmat tuhan


Mereka bersenang-senang ditempat masing-masing didalam syurga itu dengan berbaring diatas hamparan-hamparan, lapisan-lapisan sebelah dalamnya dalam sutera tebal yang bersulam dan buah-buahan kedua-dua syurga itu dekat kepada mereka untuk dipetik.
Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat tuhan yang kamu hendak dustakan?
Didalam syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangnya tertumpu kepada mereka sahaja, yang tidak pernah disentuh oleh manusia dan jin.
Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat tuhan yang kamu hendak dustakan?
Bidadari-bidadari itu cantik berseri seperti permata delima dan marjan.
Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat tuhan yang kamu hendak dustakan?

Puas sudahkah mengumpul dosa

Mimpi itu datang lagi,
kiranya kehidupan perlu ada perubahan.
Lewat tahun-tahun ini,sering kali persoalan yang sama muncul..
Apa harus aku melakukan perubahan.
Apa harus aku terus merangkak mencari hidayah itu..?
Jauh aku berjalan.
Aku selongkar setiap inci suapan.

Aku tanya,
aku geledah sekian rungsingan..sarat..
Aku memetik sedikit nasihat,
aku simpan lalu aku tanam biar tak hilang lalu kekal dalam ingatan.

Apa aku sudah bersedia untuk itu,
sudah aku tahu hukumnya apa aurat.
Dan sering aku takutan,
yang namanya kematian.
Apa saja yang aku akan bekalkan disana?
Mana imanku?
Mana ibadahku?

Suara hati pernah berbisik..
"APA GUNA KAU SEMBAHYANG 5WAKTU SEHARI?"
"APA GUNA KAU MENGAJI SETIAP MALAM,ANDAI AURATMU MASIH KAU TATAPKAN?"

Menangis menahan esak diatas kain sejadah.
Aku terlalu kerdil disisimu Ya Allah.
Aku insan hina ini amat perlukan hidayah&bimbinganMu.
Lalu apa harus aku lakukan detik ini.
Mencari,menunggu dan terus menanti hidayah itu lagi?

Ya Allah..aku dipersimpangan.

Aku sakit, Bu.


"dingin seluruh tubuh"

Andai kesakitan ini boleh membuatkan aku makin dekat denganMu ya tuhan,
aku rela sakit sampai kapan pun.
Dan jika kesakitan ini hanya untuk mengingatkan aku pada penciptaku,
aku mengaku yang aku ini kadang-kadang lupa pada kekuasaanMu.

Aku cuma mahu kamu berikan aku sedikit kekuatan menghabiskan nota-nota terakhir semester ini ya tuhan.
Kau sakitkanlah tubuhku, tapi jangan ingatanku.
Kau sakitkanlah uratku, tapi jangan hujung jemariku.
Kau sakitkanlah hatiku yang makin berdenyut perlahan, tapi jangan mataku.

Jangan kau jatuhkan aku terus disini,
aku mahu sedikit upaya untuk berwudhuk.
aku mahu sedikit upaya untuk terus membuka mata.

Aku takut menghampiri kematian..
Aku takut melihat malaikat maut itu datang menghampiri
Aku takut.
Tapi atas nama manusia,
ajal itu akan datang pada saat dan ketikanya.

Ampunkan aku.
Ibu abah.

alhamdulillah,21 sudah!

Alhamdulillah,
aku masih bernyawa,
moga usia ini makin tambah panjang,
moga aku punya kesempatan untuk tersenyum lebar.

Sedih tak samping keluarga,
tiada lagi kek istimewa dari mereka,eira,suzy,yus dan semuanya.

Aku conteng-conteng nota,
biar nampak usia tua.

Impian sudah-sudah,
belum sempat aku teroka.
Tak mengapa, masuk buku kira-kira,
langsaikan saja genap umur 22,
makanya,
tak perlu aku tambah niat di diari,
sebab yang dulu pun tak cukup jari.

Tuhan,
agar aku temu apa yang aku cari,
agar aku dapat apa yang aku mimpi.
Ameen..
-ramarama puteh harus happy ini hari-
for th0se,
terima kasih utk ucapan dan ingatannya.
SELAMAT ULANGTAHUN AKU!

angau melampau pada engkau

benarkan aku mengintaimu
dari jauh sambil aku memintal
anganan yang sedang aku kecup adalah kamu

tak terlalu melampau jika aku menulis lagi
bait-bait tentang bagaimana akan aku rapikan rambutmu antara jemariku

izinkan aku bermimpi
bagaimana kamu berjalan
bagaimana kamu tersenyum
bagaimana kamu berteriak ke aku
"hey sayang hanya aku kepunyaanmu"

tapi untuk masa ini biarlah aku melihatmu dari JAUH

setelah menemukan

setelah ditemukan aku jadi malu
setelah ditemukan aku jadi sayu

dan kerana itu
aku harus berlalu kerna dia, si hijau ku sudah punya sesuatu.

walau dia tahu
yang selalu menatap hanya aku
walau dia tahu
yang berselindung di balik kain tirai itu..
hanya aku.

dan untuk itu..
aku mengaku..
betapa aku suka kamu.
betapa aku mahu kamu tahu wahai katak hijau ku..

aku tak sanggup berlalu bila kau lalu
jantung aku bunyi dup dup dup
aku terpaksa control ayu walau aku tak suka buat macam tu
semua sebab??
sebab kamu.

tapi..
kamu tetap tak nampak aku.

kamu bijak
kamu kacak
aku kira
kamu mungkin sempurna..

tapi bukan untuk aku!!!