October 13, 2012

..Malaikat mana yang mampu...

Betapa dapatkah ditemui seseorang didunia ini,
Yang bisa menghapuskan kepiluan dengan bayangan syurga?

Seorang hamba allah ini, seolah-olah menyedarkan aku dari mimpi yang sudah jauh bawa pergi.
Sesuatu yang wajar.Sesuatu yang harus diambil tahu. Tentang sesuatu yang patut aku sedar dari dulu.
Dan sekarang aku keliru.

Kamo itu bukan seperti ini dulunya. Bangun.!!
Manusia itu punya kelemahan. Ya aku tahu. Semua orang ada kelemahan. Aku ada.Semuanya ada. Tapi yang bezanya
kelemahan aku ini boleh buat aku dibunuh oleh hati aku sendiri.
Mungkin dia tak paham dan langsung tak mengerti tentang kondisi tika ini.
Dan aku sendiri mungkin salah menilai.

Dan waktu ini, seperti ada malaikat dikiri dan kanan aku yang asyik tak henti-henti mengingatkan aku tentang
sesuatu yang bakal aku temui nanti.

Tidak.
Jangan.
Cukop.

Malaikat kanan= Berdosa kalau kita berfikiran buruk tentang orang yang kita tak kenal.
Malaikat kiri= Tapi, dari apa yang boleh kita baca, kita sudah tahu dengan siapa kita berurusan sekarang.
Diri sendiri= Aku keliru. Dan terus mengadaikan perkara yang patut entah. Maki hamun diri lagi. Sial kau hati.

Tuhan.Bantu aku sebelum hati tertutup untuk memandang semuanya.
Kirimkan aku malaikatmu,biar jadi kawan hidupku.
Dan dia bakal tunjukkan jalan yang kau pilih untukku.

Astafirullahalazim.



Jangan dikalaukan apa yang dikalaukan
Akan terkalaulah apa yang dikalau-kalaukan itu.

Astagfirullahalazim

Dustakan nikmat tuhan


Mereka bersenang-senang ditempat masing-masing didalam syurga itu dengan berbaring diatas hamparan-hamparan, lapisan-lapisan sebelah dalamnya dalam sutera tebal yang bersulam dan buah-buahan kedua-dua syurga itu dekat kepada mereka untuk dipetik.
Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat tuhan yang kamu hendak dustakan?
Didalam syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangnya tertumpu kepada mereka sahaja, yang tidak pernah disentuh oleh manusia dan jin.
Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat tuhan yang kamu hendak dustakan?
Bidadari-bidadari itu cantik berseri seperti permata delima dan marjan.
Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat tuhan yang kamu hendak dustakan?

Puas sudahkah mengumpul dosa

Mimpi itu datang lagi,
kiranya kehidupan perlu ada perubahan.
Lewat tahun-tahun ini,sering kali persoalan yang sama muncul..
Apa harus aku melakukan perubahan.
Apa harus aku terus merangkak mencari hidayah itu..?
Jauh aku berjalan.
Aku selongkar setiap inci suapan.

Aku tanya,
aku geledah sekian rungsingan..sarat..
Aku memetik sedikit nasihat,
aku simpan lalu aku tanam biar tak hilang lalu kekal dalam ingatan.

Apa aku sudah bersedia untuk itu,
sudah aku tahu hukumnya apa aurat.
Dan sering aku takutan,
yang namanya kematian.
Apa saja yang aku akan bekalkan disana?
Mana imanku?
Mana ibadahku?

Suara hati pernah berbisik..
"APA GUNA KAU SEMBAHYANG 5WAKTU SEHARI?"
"APA GUNA KAU MENGAJI SETIAP MALAM,ANDAI AURATMU MASIH KAU TATAPKAN?"

Menangis menahan esak diatas kain sejadah.
Aku terlalu kerdil disisimu Ya Allah.
Aku insan hina ini amat perlukan hidayah&bimbinganMu.
Lalu apa harus aku lakukan detik ini.
Mencari,menunggu dan terus menanti hidayah itu lagi?

Ya Allah..aku dipersimpangan.

Aku sakit, Bu.


"dingin seluruh tubuh"

Andai kesakitan ini boleh membuatkan aku makin dekat denganMu ya tuhan,
aku rela sakit sampai kapan pun.
Dan jika kesakitan ini hanya untuk mengingatkan aku pada penciptaku,
aku mengaku yang aku ini kadang-kadang lupa pada kekuasaanMu.

Aku cuma mahu kamu berikan aku sedikit kekuatan menghabiskan nota-nota terakhir semester ini ya tuhan.
Kau sakitkanlah tubuhku, tapi jangan ingatanku.
Kau sakitkanlah uratku, tapi jangan hujung jemariku.
Kau sakitkanlah hatiku yang makin berdenyut perlahan, tapi jangan mataku.

Jangan kau jatuhkan aku terus disini,
aku mahu sedikit upaya untuk berwudhuk.
aku mahu sedikit upaya untuk terus membuka mata.

Aku takut menghampiri kematian..
Aku takut melihat malaikat maut itu datang menghampiri
Aku takut.
Tapi atas nama manusia,
ajal itu akan datang pada saat dan ketikanya.

Ampunkan aku.
Ibu abah.

alhamdulillah,21 sudah!

Alhamdulillah,
aku masih bernyawa,
moga usia ini makin tambah panjang,
moga aku punya kesempatan untuk tersenyum lebar.

Sedih tak samping keluarga,
tiada lagi kek istimewa dari mereka,eira,suzy,yus dan semuanya.

Aku conteng-conteng nota,
biar nampak usia tua.

Impian sudah-sudah,
belum sempat aku teroka.
Tak mengapa, masuk buku kira-kira,
langsaikan saja genap umur 22,
makanya,
tak perlu aku tambah niat di diari,
sebab yang dulu pun tak cukup jari.

Tuhan,
agar aku temu apa yang aku cari,
agar aku dapat apa yang aku mimpi.
Ameen..
-ramarama puteh harus happy ini hari-
for th0se,
terima kasih utk ucapan dan ingatannya.
SELAMAT ULANGTAHUN AKU!

angau melampau pada engkau

benarkan aku mengintaimu
dari jauh sambil aku memintal
anganan yang sedang aku kecup adalah kamu

tak terlalu melampau jika aku menulis lagi
bait-bait tentang bagaimana akan aku rapikan rambutmu antara jemariku

izinkan aku bermimpi
bagaimana kamu berjalan
bagaimana kamu tersenyum
bagaimana kamu berteriak ke aku
"hey sayang hanya aku kepunyaanmu"

tapi untuk masa ini biarlah aku melihatmu dari JAUH

setelah menemukan

setelah ditemukan aku jadi malu
setelah ditemukan aku jadi sayu

dan kerana itu
aku harus berlalu kerna dia, si hijau ku sudah punya sesuatu.

walau dia tahu
yang selalu menatap hanya aku
walau dia tahu
yang berselindung di balik kain tirai itu..
hanya aku.

dan untuk itu..
aku mengaku..
betapa aku suka kamu.
betapa aku mahu kamu tahu wahai katak hijau ku..

aku tak sanggup berlalu bila kau lalu
jantung aku bunyi dup dup dup
aku terpaksa control ayu walau aku tak suka buat macam tu
semua sebab??
sebab kamu.

tapi..
kamu tetap tak nampak aku.

kamu bijak
kamu kacak
aku kira
kamu mungkin sempurna..

tapi bukan untuk aku!!!

November 27, 2011

kalau itu yang kau rasa

Kalau kau rasa menjaohkan diri kau dari aku adalah cara terbaek untuk kau lupakan aku maka aku redha dengan semua tindak tanduk kau.

Kalau kau rasa melupakan aku adalah cara terbaek untuk kau buang rasa yang bersarang dalam hati kau maka aku terima dengan cara kau.

Kalau kau rasa membuang aku adalah cara terbaek kau untuk menghapuskan aku dari jiwa kau maka aku rela dengan tiap laku kau.

Kalau kau rasa menghapuskan aku adalah cara terbaek untuk membunoh aku dari jiwa kau maka sumpah aku pasrah.

Sungguh aku terima setiap keputusan tidak matang kau. Sungguh aku redha. Sungguh aku rela.

Yang aku mahu kau tahu. Yang aku mahu kau sedar. Yang aku mahu kau ingat. Hanya satu.

Mudahnya kau melupakan aku. Mudahnya kau usir aku dari memori kau.

Kalau aku diberi pilihan. Aku mahu hilang ingtan. Dan manusia pertama yang aku mahu lupuskan adalah yang namanya engkau. Langsung tak perlu aku rasa saket untuk semua kenangan yang pernah kau cipta sama aku.

Suck.

November 19, 2011

awak. terima kaseh.

Sudah ternyata memang lama saya simpan ini duka. Dan waktu jari sibuk bercumbu dengan tiap abjad di sini, fikiran saya jauh memikirkan awak yang sedang bahagia. Memikirkan awak adakah awak masih menyayangi dan menyukai saya? 

Kenapa ya awak, saya nak tau kenapa awak langsung tak punya keberanian nak luah apa yang awak rasa. Dan disebabkan ketakutan dan ketidakyakinan awak, saya rasa awaklah lelaki yang paling pengecut di mata saya. Ya. Pengecut ! 

Saya kira hubungan yang sudah lama kita bina bakal berakhir dengan senyum gelak malah tawa. Tapi, sudahnya, saya berendam air mata. Berendam dengan setiap keputusan bodoh yang awak cipta. 

Awak kecewa dengan saya malah awak pilih dia? 

Jujurnya, saya cuma sedikit terasa. 

Awak, kalau lah awak tau betapa saya menghargai setiap tindak tanduk awak untuk saya. Sungguh, saya gembira bila awak ada setiap kali sama saya. Awak buat saya rasa saya satu-satunya perempuan yang bertahkta di hati awak. 

Hai awak, kenapa awak tak nak cuba luah kan semua yang tersisa? 

Di hujung usia perkenalan kita, saya mahu terima kaseh sebanyaknya kerana awak pernah menyukai saya malah menyayangi saya apa adanya. 

Saya nak awak tau, yang saya sudah tau semua perkara soal hati awak. Tapi, saya kecewa sebab awak terlalu takut nak menelan kenyataan. Itu saja.

Dan untuk 

"aku menyukai setiap aspek yang ada pada diri dia" 

Buat saya lebih menghargai awak. 

Terima kaseh dan selamat berbahagia dengan keputusan awak. 

March 4, 2011

bunga bunga telefon

Sibuk. Itu sebenarnya situasi yang paling aku suka sebab on that time, aku akan lupa semua benda tentang apa saja yang tak berfaedah. Contohnya seperti, makan sampai kembang perut depan. Atau mungkin tidur sampai urat mata bersimpul.

Pagi-pagi aku dah bangun dengan harapan nak makan besar sama cik wawa. Sekali cafe tutup. Ouh rugilah the siblings sebab tak dapat entertain kami hari ni. haha. JIJIK. Aku mahu bicara tentang seseorang ini hari. Kalau boleh macam nak kasi tau sama dia yang aku tak save no dia. Bukan aku tak nak save tapi takut bila dah save, mula la nak terhegeh-hegeh mesej segala. Haa.. tu yang paling tak senonoh. So. tak ya save sebab dah memang terbukti otak kau bukan jenis hafal-hafal segala kan kan.

Di pagi yang cerah dan mood yang macam comel suka senyum-senyum bila orang jalan sebelah tuh, aku telah dikejutkan oleh satu panggilan misteri. I thought abang jual baju telefon cakap nak sampai kampus, so i just pick that call macam orang gila.

citation | google shi
Dan ternyata bukan apa yang aku sangka. Its him. Kelu sebenarnya, but i try to pretend like ouh? u call me? ada apa ya? haha. serius perangai pompuan macam hanjeng.

Aku tak tahu, kenapa aku patut rasa relief. Patut rasa, best nya. Patut rasa, its him. Patut rasa, eventually. Tak tau la apa sebenarnya yang bermain dalam otak kecil aku. Ikut hati macam nak tanya macam-macam but malaikat-malaikat comel asyik bisik-bisik kat telinga. "Sudahla. Jangan nak berlebih-lebih". Oke. Aku tak berlebih sebenarnya. Tak berlebih langsung sampai tak tanya soal, sihat ka awak? I am such a good girl. Seorang perempuan yang selalu ikut polisi hidup yang macam tak praktikal langsung dengan dunia sendiri. What the hell is it. !

Awak, to be honest. I miss u. Dengar suara awak yang macam bapok tu, saya rasa comel. ^_^
















ezan.stop dreaming something shit like that.

February 26, 2011

bulog itu diari

Aku mahu mencarot lebih-lebih macam dulu. Tapi, sumpah tak paham, kenapa tak berapa nak ada orang-orang sekeliling aku paham. Paham apa itu erti carotan. Oke dah. Teruskan sayang. Sepanjang kehidupan aku yang banyak menyusahkan mak bapak, adek beradek, kawan-kawan serta jin-jin dimuka bumi ini dan tentunya malaikat-malaikat chantek, aku dah kumpul lebih kurang 9 buku diari. Tu jer. 

|citation : google shi|


Rajin pulak aku mengarot dalam tuh. Content macam biasa. Diari pertama waktu aku di bangku sekolah rendah. helo, kecik-kecik aku dah pandai tulis-tulis na, no wonder la bm kau klas ! Aku kena maki dengan kawan, aku kutuk dia dalam tu. Cikgu aku bias, aku gosip dalam tu, besfren aku suka lelaki yang aku suka, pon aku menanges dalam tu. Pendek kata, mak aku belikan adek aku selipar katon-katon pon aku cerita dalam tu. Tapi kat bawah mesti ada :
p/s : mood merajuk sedih sebab dipinggirkan

Serius perangai macam hanjeng. Masuk sekolah menengah lagi ligat. Maklum lah, kelas sastera. Aku masuk banyak pertandingan menulis. Puisi, pantun semua tu aku daftar. Aku rasa cikgu bahasa melayu aku tuh, dah naik meluat dengan perangai lemak aku. Ala cikgu, nasib baik ada saya tau nak masuk pertandingan jenis tu, kalau tak, sekolah kita mesti tak ada wakil. sekolah jahat. Sekolah unwanted biasalah. Mana la mampu lawan sekolah-sekolah hebat diluar sana. Kesian pengetua. ^_^


Seterusnya, makin banyak, banyak dan banyak. Dan banyak jugak la pen-pen aku yang kering dakwat. Aku rasa rangking tertinggi pelajar yang kehilangan atau ketinggalan diari di perpustakaan mesti nama aku apa. Pernah aku cari merata-rata, sedar-sedar aku tinggal kat reference desk, boleh pulak, staff library buat pameran diari belacan aku. Sangat comel abang.

Usia makin meningkat, pemikiran semakin terbuka, dan nafsu pun tipulah kalau tak beraja. Perkara paling jahanam aku pernah tulis dalam diari adalah soal chenta. Soal yang namanya dia. Aku buat satu diari khas untuk dia, aku tulis semua tentang dia. Tiket wayang, resit makan, gambar together, aku simpan dalam tu. Kotak rokok dia pon aku bukak lipatan, iron n simpan dalam diari comel title :the one & only: sekarang baru aku sedar yang apa aku buat tu sebenarnya. disgusting. Bajet nak bagi dia bila anniversary. Sekali tak sempat anniversary dah clash. T__T

|citation : google shi|

Dunia dah maju, pen dah mahal, kertas dah kena save. Paperless Electronic Record Management. Semua diari lama aku still simpan kecuali yang :the one & only: jijik kot simpan dalam loker. Memalukan kalau keturunan ku lihat nanti. Nak pula kalau kawen nanti suami tengok. Mesti dia merajuk sebab simpan kenangan silam. alololo.. my future husband anda sangat comel. :)


Dah masuk uniberct ni, aku masih punya diari tapi mengenangkan im mature already, tak perlu lah sangat mencarot atas kertas banyak-banyak. Bulog hadir memberi seribu makna terhadap ku. Apahal semua macam jijik ni. oke J I J I K sayang. Menulis disini sama dengannya aku mencoret disana satu waktu dulu. Isinya, corak bahasanya, lantun gayanya, melodi susunnya semua itu sama. Ya mungkin tulisan beza. no more pen drop on the paper.

Dan mahu tegaskan disini. Ini bukan untuk siapa-siapa. Bukan. Tidak atau apa sahaja yang sewaktu dengannya. 


Sebab bulog satu diari istimewa untuk aku. atau mungkin saya.

|citation : google shi sarangheyo|


carotan : awak, saya rindu.

June 14, 2010

lelaki dalam payungmu

Saya bercakap sebagai seorang perempuan ini malam. Memanglah selama ini saya dilahirkan sebagai perempuan. Tapi ini malam, soal lain. Saya tahu, dengan usia begini. Kawan - kawaan saya yang lain sudah sibuk mencari. Mencari lelaki yang ada untuk mereka.




Saya terpanggil untuk membebel. Sambil air mata menghambur - hambur keluar dari kelopak. Ada teman yang bertanya, saya bila. Saya akui yang saya sebenarnya malas nak mula bicara. Nanti panjang pula ceritanya. Jadi, saya simpulkan saja yang saya lebih suka begini dari begitu. Sambil ketawa paras volume 25% saja. Dan mulalah teman saya mencucuk, mencubit, lalu ketawa lagi saya. Tapi dalam hati.

" aku tak punya wajah sesempurna kalian."
" aku tak punya senyuman semanis kalian."
" aku tak punya hati sebersih kalian."

kerana aku. Tak punya apa - apa selain harapan dan sebakul doa untuk menjadi sama seperti kalian.

Saya pernah juga ditanya, tidak boring kah begini. Saya senyum saja.

Teman, sesungguhnya. Perempuan mana yang tak mahukan lelaki dalam hidupnya. Perempuan gila pon kebanyakannya gila ke lelaki.

Saya mungkin serik, sebab pernah ditinggalkan chenta masa lalu. Konon chenta yang pernah ditawarkan segala.

Saya lebih senang begini. Biarlah chenta pada keluarga dan selebihnya buat Dia satu - satunya.
Cuma bila berdoa, saya sering sebut untuk mendapatkan lelaki yang boleh menjadi suami merangkap imam saya waktu solat.

Saya tahu, saya tak layak mengharap apa - apa yang lebih dari tanduk kewarasan saya. Cuma, saya seorang muslim yang mahu diri diperbaiki. Bukan saja saya seorang diri mencari nur itu, tapi saya mahu nur itu datang dan dibawa oleh seorang yang bernama lelaki yang bakal sepayung dengan saya.

Yang moga suatu hari si lelaki sepayung itu, mampu kejutkan saya dari tidur yang panjang. Si lelaki sepayung itu, mampu ajarkan saya apa yang saya tak tahu soal agama. Si lelaki sepayung itu mampu didik saya untuk merangkak lalu berjalan dengan lebih tertib ke syurga. Si lelaki sepayung itu, mampu ajarkan saya menanam sebanyak iman agar lebih wangi diri saya.
Tapi, apa istimewanya seorang perempuan ini sampai sanggup memasang cita - cita tinggi untuk merangkul bayang - bayang suci itu.

Saya akui, saya malah bukan sahaja hina tapi jauh sangat tidak sempurna.

Sejujurnya, syaitan pernah berhasil menjentik - jentik hati saya lalu saya pernah terbabas menyukai lelaki yang saya sangka lelaki sepayung saya kelak. Dan kuasa tuhan. Saya cepat sedar. Tuhan tunjukkan saya, bahawa dia bukan lelaki yang saya cari. Saya syukur. Biarlah sekarang saya tak punya lelaki itu. Kerana Allah pasti sedang memelihara hati saya dari leka. Dan akibat leka itu, saya mungkin akan jauh lupakan apa yang patut saya pegang selama usia saya di muka bumi ini.

Dibibit hujung doa, saya percaya semua perempuan akan mohon. Yang mana satu hari nanti minta dikurniakan lelaki yang terpelihara akhlaknya untuk mereka.

Jadi, perempuan - perempuan. Jagalah akhlak anda, kerana andai baik anda maka baiklah lelaki anda kelak. Sesunggohnya, anda adalah cerminan siapa jodoh anda satu hari nanti.


Saya tak bercakap seolah saya ini wanita melayu terakhir malah muslimah paling dekat denganNya. Tidak. Saya ini, hamba yang hina. Hamba yang hanya mampu berdoa. Kerana, saya sudah lama jatuh dalam harapan.

Dan untuk itu, saya sendiri sedang bertatih untuk bangun. Untuk menerima semua ketentuan tuhan. Saya bakal redha dengan apa yang akan diberi kelak. Kerana apa yang saya mahu. Lelaki sepayung itu akan menyempurnakan separuh dari agama saya. Itu saja.

Kerana menikah itu dituntut sama sekali dalam agama.

Tak tahu kenapa ini malam si saya itu jadi begitu memikirkan soal masa depannya. Si saya itu takut belum sempat dia sempurnakan agama, dia di panggil kiamatnya. Si saya khuatir, yang hari tuanya, dia bakal sendirian tanpa ada siapa - siapa.

June 11, 2010

tertulis yang nyata

Saya tak pasti apa sebenarnya salah saya. Saya terlalu bermainkah? atau saya terlalu leka dengan apa yang dah ada sebelumnya. Saya rasa cukup hina bila tengok apa yang tertulis tu.

Kawan - kawan saya semua naik tinggi - tinggi. Saya? Kenapa saya jadi seteruk ni? Saya malas sangat saya rasa. Malas nak tengok buku. Malas nak belajar. Berdosanya saya. Saya rasa berdosa dekat tuhan. Dekat ibu bapa saya. Habiskan duit macam air tapi tak dapat apa - apa pulangan.
Saya nak minta maaf dekat orang tua saya. Tapi lidah saya kelu nak bagitau apa keputusannya.

Mungkin masa depan saya makin kabur kalau saya teruskan sikap sambil lewa saya. Saya dah tak nak main - main macam dekat sekolah dulu. Tapi, saya rasa perangai lama saya dah datang balik. Take it easy for nothing. Nak kata saya berchenta..tak.

Memang sebab utama saya jatuh. Saya malas. Melayu yang malas. Malas macam daun palas. Alasan nak belajar berpulas - pulas.


Saya benci diri saya sekarang. Saya seorang yang looser kah..? T_T..

Kenapa dengan kau?Kawan -kawan yang lain makin lama makin bagus. KAU? Hangus.
Ampunkan aku ya tuhan. Bercakap seolah orang yang tiada agama.

Saya menyesal. Menyesal dah tak guna.

Kau kena janji dengan diri sendiri kau kena matian untuk semester depan. Kalau tak lebih baik kau berhenti belajar.

Tiba - tiba saya rasa.
Alangkah bahagianya kalau dari dulu. Saya teruskan cita - cita saya. Saya ambil apa yang saya nak belajar sebenarnya.

"..anda tak boleh mengubah masa silam anda...tapi anda boleh memusnahkan diri anda sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda..."

Saya nak berhenti mikirkan soal masa depan. Tapi, setiap saat hal itu singgah dalam kotak hati dan minda saya.

Dan sekarang.

Saya sedih sangat. Sebab saya tak dapat makan satay percuma lagi dengan housemate saya. Tolong tapau untuk saya yah.

May 25, 2010

tuhan,sunggoh aku perlu kamu.

Aku pernah rasa kadang - kadang, tuhan sangat tidak adil untuk aku. Aku  juga pernah rasa, kenapa dalam dunia ni, aku sering tak putus - putus terima dugaan. Lepas satu, satu lagi musibah yang datang dalam hidup aku. Sampai bila. Selagi aku hidup dalam muka bumi ni, selagi tu ujian tak kan pernah putus.

Sumpah, aku tak pernah mintak apa - apa yang berlebih - lebih. Aku cuma minta kehidupan yang tenteram. Kehidupan yang jauh dari semua beban yang aku tak mampu tanggung. Tuhan, kenapa aku? Dan sebab terlalu banyak dugaan yang aku dapat, aku sampai takut nak pergi jauh walau sedetik dari keluarga. Aku takut kalau jadi apa - apa aku tiada. Dan andai aku tiada maka tiada siapa - siapa.

Sepanjang 22 tahun aku bernafas, tak pernah sesaat pun dalam hidup aku tak fikir apa nasib aku. Masalah yang tak pernah tak datang. Puas menangis. Tapi menangis tak boleh tolong aku. Sejadah hijau jadi saksi, bertapa aku tak pernah malu memohon pada kamu. Kenapa semuda ini aku terima dugaan yang maha berat.

Ya, allah. Aku tahu, ujian yang kau beri di dunia tak sehebat balasan yang bakal aku terima di akhirat kelak.
Aku dah tak punya siapa dalam dunia ni ya tuhan. Hanya mereka. Jadi, kau tolonglah beri sedikit kesejahteraan buat mereka. Aku mohon sedikit perhatian.

Aku kepenatan meniti setiap bibir masalah sendirian.
Mungkin kau nampak senyum, tapi waktu hati sedang menjerit ingin keluar dari semuanya, tak siapa nak tahu.

Tak siapa.

Aku cuma mahu bahagia.
Bahagia dunia.
Bahagia akhirat sana.

Ya allah ampunkan aku andai aku fikir Kamu tak pernah fikir soal hambaMu.
Aku tahu, waktu manusia lemah, saat itulah syaitan mula mainkan peranan. Mungkin aku sudah sedikit tercuit.

Aku tak nak kalah. Tapi, bila aku hiba fikir soal semua, aku jadi makin luluh pada dugaan dunia, ya tuhan.