Aku pernah rasa kadang - kadang, tuhan sangat tidak adil untuk aku. Aku juga pernah rasa, kenapa dalam dunia ni, aku sering tak putus - putus terima dugaan. Lepas satu, satu lagi musibah yang datang dalam hidup aku. Sampai bila. Selagi aku hidup dalam muka bumi ni, selagi tu ujian tak kan pernah putus.
Sumpah, aku tak pernah mintak apa - apa yang berlebih - lebih. Aku cuma minta kehidupan yang tenteram. Kehidupan yang jauh dari semua beban yang aku tak mampu tanggung. Tuhan, kenapa aku? Dan sebab terlalu banyak dugaan yang aku dapat, aku sampai takut nak pergi jauh walau sedetik dari keluarga. Aku takut kalau jadi apa - apa aku tiada. Dan andai aku tiada maka tiada siapa - siapa.
Sepanjang 22 tahun aku bernafas, tak pernah sesaat pun dalam hidup aku tak fikir apa nasib aku. Masalah yang tak pernah tak datang. Puas menangis. Tapi menangis tak boleh tolong aku. Sejadah hijau jadi saksi, bertapa aku tak pernah malu memohon pada kamu. Kenapa semuda ini aku terima dugaan yang maha berat.
Ya, allah. Aku tahu, ujian yang kau beri di dunia tak sehebat balasan yang bakal aku terima di akhirat kelak.
Aku dah tak punya siapa dalam dunia ni ya tuhan. Hanya mereka. Jadi, kau tolonglah beri sedikit kesejahteraan buat mereka. Aku mohon sedikit perhatian.
Aku kepenatan meniti setiap bibir masalah sendirian.
Mungkin kau nampak senyum, tapi waktu hati sedang menjerit ingin keluar dari semuanya, tak siapa nak tahu.
Tak siapa.
Aku cuma mahu bahagia.
Bahagia dunia.
Bahagia akhirat sana.
Ya allah ampunkan aku andai aku fikir Kamu tak pernah fikir soal hambaMu.
Aku tahu, waktu manusia lemah, saat itulah syaitan mula mainkan peranan. Mungkin aku sudah sedikit tercuit.
Aku tak nak kalah. Tapi, bila aku hiba fikir soal semua, aku jadi makin luluh pada dugaan dunia, ya tuhan.
May 25, 2010
May 20, 2010
selapis memori
Time petang - petang macam ni lah, nak teringat kat kekasih lama pulak. 3 tahun sudah rupanya. Fikir - fikir balik bab cinta - cinta ni, memang bodoh tahap 1.8 punya pointer.
Engkau dulu - dulu berchenta memang setia gila. Wah motif nak cerita? Saja. Yelah, mana tak nya, mata kita pandang dia, duit simpan nak dating dengan dia. Ish..berchenta sunggoh buang masa.
Kita selak lagi memori. Kalau dia baca kan kau malu? Peduli apa aku. Dia bukan tahu. Hu.hu.hu.
Selalu dating hari jumaat lepas sembahyang jumaat. Sebabnya, kedah cuti hari jumaat..hahha...aku balik bercuti.
Wah, sempat kau.
Kalau nak dating. For sure tunggu dia lambat. Alasan..
"i baru balik sembahyang kan, lambat sikit pun u nak bising ka?"
ok.Kena bebel sebab kau yang mulakan pembebelan tersebut.
Disebalik kelewatan ada lagi alasan yang memang tak boleh elak.
"i pergi beli air u ni..mentos u..kalau tak beli dahaga la apa la.."
Agak caring disitu. Tapi dulu.
Kekasih lama memang selalu caring. Setiap kali dating pasti ada 2 botol mineral water with mentos. Tu yang dulunya sayang gila sebab konon tau dah aku ni macam mana.
Kalau aku balik cuti pon, dia lah yang tunggu aku kat terminal. So caring dulunya. Sekarang dah tak caring ka? oh tidak sudah.
Itu saja lah yang paling best pon, yang lain, berpalit kedukaan dibaginya. Bayangkan lah bertahun berchenta tapi selapis ja memori yang ada. Ada lagi lah yang lain - lain. Tapi, sakit lagi banyak kot. haha.
Dosa kau mengutuk orang segala. Ampun. Mungkin kekasih lama yang patut minta ampun kot.
Sudahlah kau. Itukan cerita dulu. Ya.
Yang paling worst sekali. Menangis seminggu. Hahaha. Apakah??
Gadis yang baru belajar untuk mengenal chenta, memang layak untuk menangis buat pertama kalinya, kerana, selepas kau sudah berkali - kali merasa chenta, kau akan terfikir..berbaloikah kau menangis hanya demi chenta seorang lelaki yang mensia - siakan kau?
Kalau kau menangis jugak. Maka rugi lah air mata kau. Namanya pon chenta remaja, hanya suka - suka bukan.
Lalu, untuk memotivasikan diri sendiri. Setiap kali mahu nangis untuk chenta yang buang masa..
Kau kena kata..
Kepada kekasih lama,
Terima kasih sebab pernah datang dan pergi dalam hidup aku. Sekurang - kurang nya aku pernah juga merasa apa itu chenta, rindu, dan SAKIT.
Tanpa chenta laki - laki pun kita boleh bahagia what.

Terus, semua itu kan membawa bahagia. Ya..Sunggoh bahagia.simpan saja air matanya waktu aku dinikahkan bersama lelaki yang sebetulnya kelak. hanya untuk meraikan kegembiraan yang wajib bukan kesakitan yang hanya membawa perih.
Kepada kekasih lama,
Terima kasih sebab pernah datang dan pergi dalam hidup aku. Sekurang - kurang nya aku pernah juga merasa apa itu chenta, rindu, dan SAKIT.
Tanpa chenta laki - laki pun kita boleh bahagia what.
April 17, 2010
celaka kau hati
aku mahu mulakan kehidupan yang baru..baru apa lagi maksud anda?
aku yang makin hanyut..malam seperti siang dan siang umpama gelapnya malam.
subuhku kadang - kadang hilang makan ku kadang - kadang terbang.
yang aku tahu, aku sibuk nek menghitung waktu untuk pulang
perasaan aku hampir sama saja seperti saat pertama aku jejak kan tapak kasut size 6 disini.
SARAT.SEMAK.SERABOT.
Aku yang ternyata terlalu rindu sama kampung dan rumah burok itu.
Aku makin rindu akan emak yang kejotkan bangun subuh hari - hari
Aku yang makin rindu akan abah yang kejotkan bangun makan pagi - pagi
Aku yang makin rindu akan adek yang selalu jerit "tepi la aku nak tengok tv"
Aku yang makin gila tertekan.
Aku mahu pulang awal tapi kerja bersepah tak siap
Aku mahu pulang cuti tapi study belum mula pon lagi
Aku mahu keluar dari sialan ini tapi tak gamak aku pergi
Yang aku tahu
bangun tengahari makan macam hanjing tidur ibarat orang mati.
Aku benci..!!!
Aku mahu pulang dengan sekadar cepat yang mungkin.

April 3, 2010
my little fren
boring..
bila my rumate tak da..boring tu makin tikam-tikam hati.
suddenly..my memories just like flying flying and flying. Eira..my little fren..first time jumpa when i was in kedah..2nd day at kedah, " kos d.i.m juga??" she's ask me."yes..!!"
not expect aku akan dpt kawan yg cute gila macam dia..ok..she's my besfren now..even we r not in the same uni,now..but we r still fren ya..o my dior..i miss her..really miss her seriau face tu..hahaha..ibarat kipas aku tiap kali aku marah..she's always be with me no matter where i go..
sanggup teman aku kalau aku lapar gila nak mati..ok.."kami buat maggie.." we ate together..talkin bout guys..talkin bout fren..and always talkin bout beauty..hahaha..when im short of money..she's ready to lend me her money..
"amek duit kami dulu.." aku yg sering lupa bwk purse..
hahaha..
when i was crying..she's there..she pray for my luck..
aku tak lupa..dulu..masa mymom sakit, she's lend her ear just listen my cryin..
the only person i trust..aku balik kg, dia yg tolong cover my assigment..she did everything..bagitau lect..sabar ja even aku tak pegi klaz..
aku yg malas jua.
tapi dia sabar jugak..aku yg selalu marah-marah..tapi dia kipas. Sejukkan hati yg mengeledak..n 1,1 nya kawan yg puji aku,dulu..hahahahhaha...for god sake!
frens said..kat mana da eira..kat situ la da aku..da 1 bilik dowh..1 klaz lagi..end of semester..she gave me a card..dlam kad tu tulih.."terima kasih sebab mempopularkan dia.."hahaha..ayat tak boleh blah..sebab aku dia glame??ntah pa2..padahal..dia kot..
here..i wish i can walk together with her go to claz..do asgmnet together..tiap kali buat keja..dia tau cara aku..apa yg aku nak..kalo aku salah..dia tegur..at last..we laughin..ooo silly..like wanna crying now.
Miss ur lifehouse song..miss ur ph..miss ur repeat song tu..miss ur baju yang chantek2 gila. sama saiz kan kita..so..ble pinjam2.
Life change, eira..Im look more stupid when im alone..really wish that we can lepak together again..macam dulu..kuar sama..naik moto buruk tu..hahah,...accident sebab terkejut aku ajak borak2 sambil bawak moto..gila langgar lubang jatuh tepi belukar..pecah telor ayam baru beli..nasib baik kicap cap kipas udang tu tak pecah..kalau tak seminggu bau kicap..hahaha..first n last aku suruh dia bawak aku..lepas ni..myb no more lepas ni..aku tak rela dia bawak moto..berlebam peha.hahahah...
seminggu juga jadi bahan.hhahah..telur ayam yang mahal..sgt rugi.haha..wawa n yaya..high volume laughing.
da grad baru story semua org yang kami jatuh moto..
i miss ur mom too eira..hai cik ana..hahah..her mom..just like me..haha..1 benda yang dia tak tau sampai sekarang..n today..i bagitau u eira..i jeles gila dengan kulit u yg cantik tu..perfect..cun nak mati..bodo gila beruang kutub left u..but its ok..u deserve sum1 better..demand bole tahan jugak minah ni..tapi no wonder la jugak kan..husband means 4eva..4sure la nak yg hot..hahahahha..plus beriman yang boleh jadi imam kita bila kita solat..that the promise within 2 of us..! ameen..moga kita ketemu ya..u mungkin boleh kot..sebab u sempurna.
die hard fan Faizal tahir..tapi tak suka tomok.hahahahhahaha..
miss u eira..!

~syaheira samsudin~
I know, u r gettin hard time rite now..even far..but i always be there..miss my advice,..??ahaks..persatuan wanita-wanita kesepian..but we'r not desprate at all.
take care gurl..sem break t dtg umah..!
March 21, 2010
jiwa-jiwa hancur
Dikiriku subur,
Dikananku jernih,Dihadapanku ada seluas langit sedia untuk menanti bulan,
Bintang barangkali setuju bila kita ajak dia berdikusi bersama,
soal hati
soal rasa
soal yang bersarang dalam lubuk jiwa
yang dah lama kita tinggalkan.
Kuasa apa yang kita punya sekarang?
Mahu jerit sama telinga sang penguasa itu minta dia sedar bahwa kita ini juga manusia sama seperti dia?
Apa kita mahu tunjuk pada sang pencinta yang kita ini sudah lama simpan seribu duka yang tak mungkin terhapus walau disimbah seribu hikayat dongeng cerita cinta dahulu kala
yang konon indah akhirnya bersama?
Kehidupan yang sebenarnya kita angankan buat kita sakit lalu menjerit meminta tolong buang segala perit.
Berkali-kali kita tanya sama ombak, kenapa harus sering dia usik pantai?
Apa ombak tak tahu yang hadir kadang kala sepintas lalu itu buat pantai sering bergaduh sama tanjung-tanjung dan seisi laut?
kita tanya sama dahan kenapa harus dia rapuh lalu jatuh kebumi?
Apa dahan tak sedar yang kerapuhan membawa kejatuhan itu buat enggang sama pipit sering rindu untuk bertemu walau fitrah membunuh hati mereka satu-satunya?
Dan kita sering tanya sama bayu-bayu pagi kenapa datangnya hanya pada waktu fajar?
Apa bayu-bayu pagi tak bisa mengerti bahwa hadirnya mereka pada waktu fajar yang dingin menyentuh tulang putih itu mampu memberi selembar senyuman paling agung buat semua jenis yang merasai kehidupan maha indah ini?
Apa ini yang terbaik?
Apa ini semua persoalan yang harus diuntai satu persatu oleh bulan sama bintang itu?
Kita mahu bertemu sama yang bahagia saja.
Kita mahu bertemu sama yang cinta saja.
Kita mahu bertemu sama dia yang satu kononnya.
Tapi apa yang kita bawa?
Hanya sekeping duka yang bergalas seribu cerita.
Cerita percaturan jiwa-jiwa kering yang namanya manusia.
Cerita yang sering saja ada soalan untuk teka teki keadilan.
Cerita tentang kontor-kontor tuhan yang berteriak menyebarkan kebohongan.
Dendam sekeras batu
Benci betabur-tabur
Bersama jiwa-jiwa hancur.
March 18, 2010
sepotong alam
seakan bintang berguguran jatuh
pilihan menanti
diambil zahir dan batinnya
atau sekadar hiasan bumi
terbentang luas
menjalani amanat Allah
menjadi hamparan sekalian umat
hidup seumpama air
yang mengalir dibentuk
melalui sekitarnya
hanya menurut
sukar membezakan hak dan batil
cinta yang hadir
usah ditolak
itulah anugerah ilahi
jaga dengan sebaiknya
kerna cinta itu
mungkin hilang
kita masih tidur
pabila digesa bangun, ditidurnya
pabila digesa minum, dimakannya
carilah hikmah disebalik haram
kerna allah maha mengetahui
sepohon batang
tidak mungkin bisa menyendiri
bagi mengeluarkan hasil
perlu ada sang pencipta tanah
sebagai teman matahari
punca kekuatan
dan makhluk yang mengerti
nilai kasih.
pilihan menanti
diambil zahir dan batinnya
atau sekadar hiasan bumi
terbentang luas
menjalani amanat Allah
menjadi hamparan sekalian umat
hidup seumpama air
yang mengalir dibentuk
melalui sekitarnya
hanya menurut
sukar membezakan hak dan batil
cinta yang hadir
usah ditolak
itulah anugerah ilahi
jaga dengan sebaiknya
kerna cinta itu
mungkin hilang
kita masih tidur
pabila digesa bangun, ditidurnya
pabila digesa minum, dimakannya
carilah hikmah disebalik haram
kerna allah maha mengetahui
sepohon batang
tidak mungkin bisa menyendiri
bagi mengeluarkan hasil
perlu ada sang pencipta tanah
sebagai teman matahari
punca kekuatan
dan makhluk yang mengerti
nilai kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)